Program Rakan Muda: Mobilisasi Satria (Sosial) Lahirkan Sukarelawan Yang Prihatin

JELI 11 JUN 2025- Usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam mengalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling telah diterjemahkan menerusi Program Rakan Muda: Mobilisasi (Sosial) Siri 1 Peringkat Daerah Jeli.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli (PBSD) dengan kerjasama Persatuan Belia Gemilang Kg Bukit Tok Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2 berlangsung pada 10 Jun 2025 di Kg Renyut, Jeli, yang melibatkan seramai 80 orang peserta. Antara aktiviti yang diadakan adalah gotong royong membersih surau dan rumah penduduk setempat serta menyantuni warga emas.

Majlis perasmian penutup telah disempunakan oleh YBrs. En.Azman bin Che Mat, Pengetua Sekolah Menengah Kebagsaan Jeli 2, turut hadir En.Supian Bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kakitangan PBSD Jeli.

Adalah menjadi harapan program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hand-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search