- JBS Kelantan
- Hits: 38
Mesyuarat Pengurusan Bilangan 5 Tahun 2025 Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 38
MACHANG, 3 JUN 2025 – Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bilangan 5 Tahun 2025 telah diadakan pada 29 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Agenda utama mesyuarat adalah pembentangan perancangan pelaksanaan dan pelaporan program yang berlangsung pada bulan Mei 2025 oleh Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir ke mesyuarat tersebut bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang