- JBS Kelantan
- Hits: 100
Fasiliti Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang Menjadi Latihan Pusat Bagi Kejohanan Dart Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 100
Gua Musang, 26 Mei 2025 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang telah mengadakan latihan pusat bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gua Musang, sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan di peringkat negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sepanjang latihan pusat ini, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk latihan fizikal, pembinaan jati diri, semangat berpasukan dan strategi pertandingan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JAKOA dalam membangunkan potensi kakitangan JAKOA, khususnya dalam bidang sukan dan kepimpinan, serta memberi ruang kepada mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Pegawai dari PBSD Gua Musang turut memberikan sokongan dari segi kemudahan dan logistik serta berkongsi panduan teknikal untuk memastikan persiapan peserta berada pada tahap terbaik. Kerjasama ini menggambarkan komitmen agensi kerajaan dalam memperkasa penyertaan sukan dalam program pembangunan belia. Menurut wakil JAKOA Gua Musang, En Mohd Faiz bin Mohd Fesool (Pembantu Pembangunan Masyarakat JAKOA Gua Musang), latihan ini bukan sahaja bertujuan untuk persiapan fizikal, malah bagi membina keyakinan diri peserta agar mampu bersaing secara sihat dan berdaya saing di peringkat negeri.
Latihan pusat ini dijangka berlangsung selama beberapa hari dan akan diakhiri dengan sesi simulasi pertandingan serta taklimat akhir sebelum delegasi Gua Musang bertolak ke lokasi pertandingan negeri.