Kunjungan Hormat JBSN Kelantan Ke Universiti Malaysia Kelantan

KOTA BHARU 31 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota pada 29 Mei 2025.

Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Dzulkifli Bin Mukhtar, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) bersama Prof.Madya Dr. Wan Farha binti Wan Zulkiffli, Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK. Hadir sama Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan sukan JBSNK.

Kunjungan ini adalah sebagai membuka ruang dua hala bagi perbincangan kerjasama strategik serta memperkukuh jalinan hubungan antara JBSNK dan UMK. Turut dibincangkan Pelaksanaan Program Skrin Besar untuk Perlawanan Bola Sepak kelayakkan Piala Asia 2027 Malaysia menentang Vietnam pada 10 Jun 2025. UMK menjadi antara lokasi yang terpilih bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Terima kasih juga kepada pihak UMK kerana telah memberi komitmen dan sokongan penuh serta berterusan antara kedua-dua pihak.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search