Lepar Jaya A Rangkul Kejuaraan Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang

Gua Musang, 29 Mei 2025 – Pasukan Lepar Jaya A berjaya merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Wangi, Gua Musang. Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh pelusuk daerah bagi merebut gelaran juara serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pasukan Lepar Jaya A tampil konsisten sejak peringkat awal lagi dan berjaya menewaskan lawan mereka di peringkat akhir dengan aksi bertenaga dan permainan yang tersusun, sekali gus dinobatkan sebagai juara kejohanan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Muhammad Norfikri Bin Norzaki Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Beliau turut menekankan bahawa penganjuran sukan komuniti seperti ini amat penting dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat dan mencungkil bakat sukan tempatan.

Kejohanan ini turut mendapat sambutan hangat daripada para penduduk sekitar yang hadir memberikan sokongan moral dan memeriahkan suasana sepanjang pertandingan berlangsung. Pejabat Belia dan Sukan Daerah berharap kejayaan penganjuran kejohanan ini akan menjadi pencetus kepada lebih banyak aktiviti sukan komuniti pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search