Sukan Ping Pong Meriahkan LSK Kuala Krai 2025

KUALA KRAI, 1 JUN 2025 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kuala Krai 2025 bagi acara Ping Pong telah berlangsung dengan meriah pada 31 Mei 2025, bertempat di MDKK Sport Centre, Kuala Krai.

Sebanyak enam (6) pasukan telah berentap dalam kejohanan yang menyaksikan semangat kesukanan dan penyertaan aktif daripada komuniti setempat. Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif membudayakan gaya hidup sihat melalui sukan di peringkat akar umbi.

Pasukan Gupik A telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh Gupik B selaku Naib Johan. Manakala MSSD dan Gupik C berkongsi tempat ketiga bersama. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Turut hadir, Saudara Mohd Syawal bin Mohd Ashri, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, yang turut menyatakan komitmen pihak belia dalam mendukung pembangunan sukan komuniti sebagai asas perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search