Dabong Destinasi Pertama Travelog Daerah Kuala Krai

KUALA KRAI, 29 MEI 2025 – Siri pertama Travelog Pertubuhan Belia, Badan Sukan dan Kelab Rakan Muda Peringkat Daerah Kuala Krai telah berlangsung meriah di Dabong dengan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil pertubuhan belia, kelab sukan, kelab rakan muda serta komuniti setempat.

Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Krai bersama Majlis Belia Jajahan (MBJ) Kuala Krai dan Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai (KRAMB2K) bagi menyantuni pertubuhan belia dan golongan muda secara langsung sebagai langkah memperkasa peranan pertubuhan belia, badan sukan dan Kelab Rakan Muda agar lebih aktif, berkesan dan berimpak dalam komuniti. Inisiatif ini juga bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama, persefahaman serta memupuk semangat persaudaraan antara golongan muda dari pelbagai latar.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuklah sesi penerangan berkaitan fungsi dan pengurusan pertubuhan belia yang disampaikan oleh wakil PBSD Kuala Krai, serta pertandingan Slingshot yang mendapat sambutan hangat peserta. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bersama pegawai-pegawai PBSD Kuala Krai, serta Saudara Muhammad Afiq Aiman bin Mohd Haslam, Pengerusi MBJ Kuala Krai bersama barisan ahli jawatankuasa tertinggi MBJ Kuala Krai.

Program ini merupakan permulaan kepada siri jelajah yang akan diteruskan ke lokasi-lokasi lain dalam Daerah Kuala Krai, dengan harapan dapat menyuntik semangat baharu dalam gerakan belia setempat dan merancakkan lagi pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search