- JBS Kelantan
- Hits: 79
Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Booster Dan Promosi ARPRM Peringkat Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 79
TUMPAT, 28 Mei 2025 - Seramai 500 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyiddin telah menghadiri sesi taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Booster Dan Promosi ARPRM Peringkat Daerah Tumpat pada 25 Mei 2025.
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah merupakan sebuah Skim Anugerah yang bertaraf antarabangsa. Program ini telah diadaptasi daripada program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebaga The International Award for Young People. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1956 di United Kingdom dan kini disertai oleh 147 buah negara seluruh dunia.
Skim pengiktirafan oleh pihak kerajaan ini mengiktiraf penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 24 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan mereka melaui pendekatan sepuluh (10) Gaya Hidup Rakan Muda. Program ini bukan suatu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada mengamalkan gaya hidup yang seimbang, fleksibel, penglibatan secara sukarela yang berterusan dan menyeronokkan.
Kualiti program ini dikawal daripada segi pematuhan kepada piawaian dan prinsip yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.Taklimat ARPRM ini telah disampaikan oleh Encik Nik Ahmad Saifullah Bin Ahmad Husni, wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat merangkap Pemimpin ARPRM. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Erffan Bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
