Rakan Muzik : Dikir Barat Daerah Tumpat 2025

Tumpat, 15 Jun 2025 – Program Rakan Muzik Dikir Barat Daerah Tumpat 2025 telah melabuhkan tirai pada malam 12 Jun 2025 dengan penuh kesenian dan memori berharga kepada hampir 30 orang pesertanya apabila tempat latihan pendikir “Gembalan Jentayu Kampung Morak” dikunjungi oleh Muhd Suhaimi bin Ibrahim (Abang Mie RTM) untuk berkongsi tips dan pengalaman hampir 4 jam.

Objektif program ini adalah bagi mengembangkan kemampuan dan potensi belia dalam bidang seni muzik dikir barat di samping meningkatkan kesedaran dan kebolehan dalam memahami dan mengenal pasti identiti mereka. Melalui muzik, belia dapat menyampaikan perasaan, pemikiran dan pengalaman mereka dengan cara yang unik dan kreatif.

Melalui ucapan penutup bagi program ini, Encik Wan Mohd Erffan Bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat menyatakan bahawa program ini mencapai objektif apabila terzahirnya keseimbangan pembelajaran, pendedahan dan persembahan yang ketara semasa persembahan terakhir setelah 3 siri program ini dilangsungkan oleh para peserta program tersebut.

Kejayaan program kali ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan belia dan barisan pengajar pendikir-pendikir di daerah Tumpat ini. Komitmen barisan “orang kuat” seni ini adalah sesuatu yang sangat mengagumkan dan pejabat ini berharap dapat bekerjasama lagi pada masa yang akan datang.
Semoga program ini dapat memupuk minat generasi muda terhadap seni dan budaya serta dapat menghidupkan kembali seni budaya tradisional negara kita terutamanya di daerah Tumpat ini.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search