Program Rakan Mahir Pembuatan Roti Skill For Life @ Tumpat

TUMPAT, 15 Jun 2025 – Program Rakan Mahir Pembuatan Roti Skill For Life @ Tumpat Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan pada 14 Jun 2025 di Effy Cakery, Wakaf Bharu . Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Effy Jaya Trading ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas pembuatan roti kepada golongan belia dan suri rumah yang berumur 15 hingga 30 tahun di daerah Tumpat.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut, yang dikendalikan oleh chef pastri profesional, Puan Safina Binti Mohd Anuar. Dalam sesi praktikal itu, peserta dapat belajar cara menyediakan doh, menguli, membentuk, dan membakar pelbagai jenis roti, termasuk roti golok, mini pizza, sosej roll, bun kacang merah dan bun pandan.

Menurut Encik Wan Mohd Erffan Bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, penganjuran program sebegini amat penting demi melahirkan masyarakat yang lebih kreatif, mampu menjana pendapatan, dan berdikari. “Saya berharap kemahiran yang dipelajari hari ini dapat dimanfaatkan oleh peserta, sama ada untuk mencari pekerjaan, berniaga, atau memenuhi keperluan keluarga masing-masing,” katanya.

Salah seorang peserta, Puan Siti Rahmah, 26, melahirkan kesyukuran dan berpuas hati apabila dapat belajar terus dari chef profesional. “Ini kali pertama saya belajar membuat roti. Saya gembira dapat belajar sesuatu yang berguna dan boleh dicuba di rumah, mungkin juga boleh dijadikan punca pendapatan tambahan nanti,” katanya. Para peserta turut berpeluang memanfaatkan suasana interaktif dan santai sepanjang sesi, di mana mereka boleh berkolaborasi dan bertukar-tukar ilmu serta pengalaman. Kursus ini bukan sekadar aktiviti pembelajaran, tetapi juga memperkukuhkan semangat kesatuan antara belia melalui pengalaman langsung dalam pembuatan roti.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search