Perbincangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat

TUMPAT, 15 JUN 2025 - Perbincangan berkenaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Tumpat bersama Ketua Jajahan Tumpat telah diadakan pada 4 Jun 2025 bertempat di Pejabat Ketua Jajahan Tumpat.

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah merupakan sesi persidangan dan libat urus berhubung isu-isu pembangunan dan keperluan belia di kalangan pemimpin kerajaan di peringkat daerah, wakil-wakil jabatan dan agensi. Pelaksanaannya adalah bagi menyokong kepada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

MPBN Peringkat Daerah akan dipengerusikan oleh Ketua Jajahan dan persidangan ini akan disertai oleh seramai 50 orang terdiri daripada semua Ahli Majlis MPBN Peringkat Daerah, Pemerhati, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta lain-lain jemputan.

Taklimat pelaksanaan MPBD telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Persidangan ini dijadualkan akan berlangsung pada 29 Jun 2025 di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Turut hadir ialah Encik Anuar bin Azmin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tumpat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search