Pendaftaran Kelab Sukan Di Pasir Mas Semakin Menggalakkan

Pasir Mas, 17 Jun 2025 – Semangat kesukanan semakin berkembang pesat dalam kalangan belia dan penggiat sukan di daerah ini. Setiap hari, semakin ramai yang hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bagi mendapatkan maklumat dan mendaftarkan kelab sukan mereka secara rasmi.

Terbaru, barisan ahli jawatankuasa Kelab Bola Sepak Kampung Slow Machang telah hadir untuk mendaftarkan kelab mereka melalui sistem Erosa. Proses pendaftaran mereka dibantu oleh Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bagi memastikan kelab tersebut dapat beroperasi secara sah dan aktif.

Pihak PBSD Pasir Mas akan terus memainkan peranan dalam membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada kelab-kelab baharu dan lama agar mereka dapat berkembang, kekal aktif, dan menyumbang kepada pembangunan sukan tempatan.

Dengan sokongan berterusan, diharapkan lebih banyak kelab sukan akan didaftarkan, sekali gus memperkasakan dunia kesukanan di Pasir Mas.

Disediakan Oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search