- JBS Kelantan
- Hits: 49
KLAS Renang Fasa 1 Tahun 2025 Daerah Pasir Mas Telah Bermula
- JBS Kelantan
- Hits: 49
Pasir Mas, 15 Jun 2025 - KLAS Renang Fasa 1 bagi Tahun 2025 telah bermula pada 13 dan 14 Jun 2025 hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Kelab Renang Kelantan (KRK) bertempat di Z & S Sweet Empire, Repek Pasir Mas.
Program ini dijalankan serentak di dua daerah utama iaitu Kota Bharu dan Pasir Mas, melibatkan penyertaan aktif daripada anak-anak komuniti setempat. Inisiatif ini merupakan usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSMalaysia) untuk meningkatkan keselamatan air serta mengurangkan kadar kematian akibat lemas, khususnya dalam kalangan kanak-kanak keluarga B40.
Seramai 40 orang peserta telah terpilih bagi daerah Pasir Mas bagi Fasa 1 ini dan peserta-peserta telah diberikan pendedahan asas antaranya kemahiran asas yang mula dikuasai:
- Teknik pernafasan (breathing) dan terapung (floating)
- Kicking yang kemas dan seimbang
- Cross pool dari hujung ke hujung kolam
- Peningkatan keyakinan dan keberanian dalam air
Program KLAS Renang Fasa 1 ini akan berlangsung pada:
13 – 14 Jun 2025
20 – 21 Jun 2025
27 – 28 Jun 2025
Terima kasih diucapkan semua ibu bapa, pihak Kelab Renang Kelantan dan pihak pengurusan kolam yang telah memberikan Kerjasama yang baik pada minggu pertama KLAS Renang Fasa 1 berlangsung.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Pasir Mas