- JBS Kelantan
- Hits: 42
Acara Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 42
MACHANG, 15 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Brave Table Tennis Club telah mengadakan Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Machang 2025 bagi acara sepak takraw bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Wakaf Bata, Machang pada 14 Jun 2025 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Sebanyak 24 pasukan sepak takraw dari seluruh daerah Machang telah menyertai pertandingan ini. Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Numi G, naib johan adalah pasukan Numi C dan tempat ke-3 bersama adalah pasukan Numi I dan pasukan Numi A.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang