- JBS Kelantan
- Hits: 47
Lawatan Tapak Kem Belia @ Rakan Prihatin Pasir Mas Demi Kelancaran Pelaksanaan Program Ogos Ini
- JBS Kelantan
- Hits: 47
Pasir Mas, 15 Jun 2025 – Dalam usaha memastikan kelancaran program Kem Belia @Rakan Prihatin Daerah Pasir Mas yang dijadualkan berlangsung pada Ogos nanti, satu lawatan tapak telah diadakan di Permai Beach Resort, Bachok hari ini.
Lawatan ini bertujuan meneliti segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan sepanjang program bagi memastikan kelangsungan aktiviti berjalan dengan lancar dan selesa.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Puan Nur Aliaa binti Wan Johan bersama dua orang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mohd Faidhi bin Mohd Noor dan Encik Mohd Sarimat bin Salleh, telah turun padang bagi meninjau lokasi pilihan yang bakal menjadi lokasi utama pelaksanaan Kem Belia.
Dengan lawatan ini, pihak penganjur berharap segala persiapan dapat disusun dengan lebih rapi agar program yang dirancang dapat memberikan impak terbaik kepada para peserta serta mencapai objektif pembangunannya.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas