- JBS Kelantan
- Hits: 42
Mesyuarat Penyelarasan Program 1000 Liga Peringkat Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 42
TUMPAT, 15 JUN 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Program 1000 Liga Peringkat Daerah Tumpat telah diadakan pada 1 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil persatuan sukan di daerah Tumpat. Program ini adalah berbentuk liga sukan jangka panjang yang berasaskan kepada jenis sukan individu yang dipertandingkan. Liga sukan tersebut akan dilaksanakan sendiri oleh komuniti setempat.
Jenis sukan yang dipertandingkan dalam 1000 Liga Peringkat Daerah adalah melibatkan pelaksanaan lima (5) jenis sukan sahaja daripada sepuluh (10) jenis sukan yang disenaraikan.
Sukan-sukan yang akan dipertandingkan dalam 1000 Liga Peringkat Daerah Tumpat ialah catur, ping pong, petanque, memanah dan dart. Program ini dilaksanakan pada hujung minggu selama satu (1) hari untuk setiap satu atau dua jenis sukan yang berlainan dan dalam minggu yang berlainan.
Penyertaan bagi program 1000 Liga Sukan adalah terbuka kepada semua peringkat umur dan kaum dalam setiap lapisan masyarakat. Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat