- JBS Kelantan
- Hits: 50
Dua Belia Bachok Sertai Program Pengenalan Sukan Baharu Flag Football Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 50
BACHOK, 23 Mei 2025 – Dua anak muda dari Bachok telah mewakili daerah bachok ke program pengenalan sukan baharu, Flag Football, yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini bertujuan memperkenalkan serta memupuk minat belia terhadap sukan yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Salah seorang peserta, Muhammad Adib Irfan bin Mohd Kamil, berasa teruja dengan peluang untuk mencuba sukan baharu ini. “Ini adalah pengalaman yang menarik dan berbeza daripada sukan lain yang pernah saya sertai. Flag Football menguji kepantasan, strategi, dan kerjasama berpasukan,” katanya.
Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan sukan alternatif bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat dari Kelantan. Dengan penyertaan belia dari pelbagai daerah, termasuk Bachok, acara ini juga menjadi platform untuk membina hubungan dan semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda. Diharapkan program ini dapat membuka ruang untuk penglibatan lebih ramai atlet serta membantu pembangunan sukan Flag Football di Malaysia.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI