Perbincangan Program Kem Belia Tanah Merah 2025: Fokus Belia Berisiko

Tanah Merah, 27 Mei 2025 – Sebuah perbincangan strategik mengenai Program Kem Belia Peringkat Daerah Tanah Merah 2025 telah diadakan bagi memfokuskan intervensi kepada belia berisiko. Perbincangan ini melibatkan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Puan Afzariza bt Draman. Perbincangan ini telah berlangsung pada 26 Mei 2025 bertempat di bilik Mesyuarat Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) Daerah Tanah Merah.

Kem Belia ini bertujuan memberikan bimbingan, motivasi dan pemulihan sahsiah kepada golongan belia yang berada dalam persekitaran berisiko tinggi, sekaligus membantu mereka mengubah hala tuju kehidupan ke arah yang lebih positif.

Pendekatan program ini akan merangkumi aspek kesedaran, pendidikan, latihan kemahiran, serta sokongan moral, yang direka khusus bagi membantu peserta mengembangkan potensi diri serta menjauhkan mereka daripada gejala sosial yang merosakkan.Belia adalah aset negara. Memberi mereka peluang kedua adalah langkah terbaik dalam membina masa depan yang lebih cerah.

Perbincangan ini turut mengetengahkan strategi sokongan komuniti bagi memastikan impak program ini berpanjangan dan benar-benar memberi manfaat kepada golongan belia sasaran. Dengan kerjasama pelbagai pihak, Kem Belia Tanah Merah 2025 dijangka menjadi salah satu inisiatif penting dalam membentuk generasi belia yang lebih berdaya tahan dan berwawasan.

Transformasi Belia, Harapan Negara!  

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search