Gelaran ‘Treble’ Buat Pasukan Rustac

BACHOK, 24 MEI 2025 – Pasukan RUSTAC mencipta sejarah apabila merangkul gelaran treble apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Antara Regu Liga Sukan Komuniti Daerah Bachok 2025 buat kali ketiga berturut-turut. Bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Rusa, kejohanan ini menyaksikan aksi penuh mendebarkan yang memperkukuhkan dominasi Rustac di pentas sukan komuniti.

Kemenangan bergaya ini diraih hasil kecekapan dan kehebatan ketua pasukan, Rukman bin Mustapha atau lebih dikenali sebagai "Kept", yang mengetuai pasukan dengan strategi yang mantap dan permainan yang bertenaga. Kepimpinan serta pengalaman beliau menjadi kunci utama kejayaan pasukan dalam mengatasi lawan-lawan mereka sepanjang kejohanan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Rusli bin Idris, Mantan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Bachok (KPPD), yang turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Rustac membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM300, beserta medal dan sijil penyertaan sebagai simbol kejayaan mereka di gelanggang.

Kejayaan Rustac dalam kejohanan ini bukan sahaja membuktikan kehebatan mereka dalam sukan sepak takraw, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus aktif dan berdaya saing dalam arena sukan. Tahniah kepada pasukan Rustac atas kemenangan luar biasa ini.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search