- JBS Kelantan
- Hits: 58
Sukan Satukan Komuniti Di Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 58
KUALA KRAI, 24 MEI 2025 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kuala Krai telah berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat di Gelanggang Futsal, Maahad Tahfiz Al-Hashimi, melibatkan penyertaan 12 pasukan dari seluruh daerah. Penganjuran program ini bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan pembudayaan sukan, serta meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat. Di samping itu, ia turut menjadi platform bagi meningkatkan kemahiran sukan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti.
Kejohanan ini menyaksikan pasukan Dynamic NC dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh Pasukan Haifa selaku Naib Johan, manakala tempat ketiga bersama dikongsi oleh Pasukan Jaguar dan Pasukan Manjor. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Sulayman bin Subrun, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ialah Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Liga ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam menjayakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi serta menggalakkan gaya hidup sihat, aktif dan inklusif dalam kalangan masyarakat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai