Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Anugerah Perdana Belia Negara Milik Belia Gua Musang

Gua Musang, 18 mei 2025 – bagi Bagai sirih pulang ke gagang.itu lah perumpamaan yang dapat digambarkan apabila sekali lagi Majlis Belia jajahan gua musang dinobatkan selaku johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2025 Kategori pertubuhan. Young Malaysians Movement juga telah meraih tempat ke tiga kategori pertubuhan.

APBN ini merupakan salah satu pengiktirafan tertinggi bagi pertubuhan belia yang aktif serta berdaya maju dalam melaksanakan program pembangunan belia di peringkat negeri. Proses penilaian yang teliti dan profesional oleh panel yang berpengalaman memastikan bahawa organisasi yang benar-benar cemerlang dalam kepimpinan, pengurusan, dan impak kepada komuniti akan diberi penghormatan selayaknya. Anugerah Perdana Belia Negara juga merupakan platform penting dalam memperkasakan peranan belia serta memberi motivasi kepada pertubuhan belia untuk terus berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan , Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, , bersempena Semarak Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, En Shahabudin bin Haji deraman,dan pegawai – pegawai pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima APBN 2025. Semoga penghargaan ini akan terus memercikan bara api dan pemakin bagi semua belia – belia di negeri kelatan

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search