Laungan ’Yakin Boleh’ Bergema Di Semarak Hari Belia Negara Daerah Gua Musang

Gua Musang, 19 Mei 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ismail Petra 2 telah menganjurkan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang 2025 bertempat di Dewan Angsana SMK Tengku Ismail Petra 2, pada 15 Mei 2025.

”Yakin Boleh” merupakan slogan dan Tema HBN 2025 pada tahun ini, Yakin boleh juga menggambarkan tahap keyakinan tinggi pihak kerajaan kepada golongan belia dengan melaksanakan transisi umur belia melalui penguatkuasaan penurunan had umur belia di bawah 30 tahun pada 2026 sejajar dengan Dasar Belia Malaysia (DBM)
Seramai 750 orang peserta telah hadir dari SMK Tengku Ismail Petra 2 dan SMK Tengku Ismail Petra 1 bagi memeriahkan program, antara aktiviti yang telah dilaksanankan ialah seperti perkongsian ceramah dari KKM bertajuk ”Bahayanya Buli Cyber”, Esport Fifa 25, Golf Mini, Mari mencuba Karom, Fitnes Challenge.

HBN peringkat daerah Gua Musang telah dirasmikan oleh YB Mohd Syahbuddin Hashim selaku YDP PIBG bagi SMK Tengku Ismail Petra 2, turut bersama YB Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, YDP Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Ketua-Ketua Jabatan dan Badan Gabungan MBJ GM

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search