”Nyalaan percikan sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang”

Gua Musang, 14 Mei 2025 - Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang Negara yang bakal berlangsung pada 15 mei 2025 serentak seluruh negara bertujuan memberi pengiktirafan oleh kerajaan terhadap peranan dan sumbangan belia dalam pembangunan negara. Penganjuran HBN pada tahun ini dijangka mampu memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

En. Muhammad Norfikri Bin Norzaki Pembantu Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang telah hadir membuat tinjauan ke Lokasi di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ismail Petra 2 yang telah terpilih bagi pelancaran SHBN pada 15 Mei 2025. Beliau juga berkesempatan bertemu muka dengan Encik Asri Bin Ismail, penolong kanan pentabiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ismail Petra 2 bagi membincangkan pelbagai jenis aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar sekolah bagi menyemarakkan lagi sambutan SHBN Peringkat Daerah.

Turut hadir sama, Puan Nurul Syifa binti Mohd Husni, Pembantu Belia dan Sukan (Belia) dan Encik Muhammad Helme Fiadi bin Hairani, Pembantu Belia dan Sukan (Rakan Muda).

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search