PASIR MAS, 17 MAC 2025 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat daerah Pasir Mas kembali lagi bagi tahun 2025 ini. Penganjuran tahun ini mempertaruhankan tiga (3) jenis sukan iaitu bola jaring, sepak takraw dan ping pong (regu campuran).
Satu perjumpaan bagi penyelarasan teknikal dan pengadil telah diadakan pada 16 Mac 2025 (ahad) bagi menyelaras tarikh dan tempat bagi penganjuran LSK Peringkat daerah Pasir Mas yang dijangka diadakan pada 25 dan 26 April 2025 ini.
Ketua teknikal sukan rata-rata telah bersedia bagi penganjuran Liga Sukan Komuniti tahun ini dan akan memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan kejohanan tersebut. Hadiah kemenangan Liga Sukan Komuniti (LSK) peringkat daerah adalah sebanyak RM 300.00 bagi Johan, RM200.00 bagi Naib Johan dan RM100.00 bagi ketiga bersama.
Nantikan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat daerah Pasir Mas Tahun 2025 April ini!!!!
PASIR MAS, 16 MAC 2025 – Setiap tahun program Rakan Muda Ramadan sudah cukup sinonim dengan Kementerian Belia dan Sukan ataupun Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Saban tahun program ini dinantikan oleh belia-belia diseluruh Malaysia.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan juga telah melaksanakan Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan pada 15 Mac 2025 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan telah dihadiri seramai 600 orang belia dari seluruh Negeri Kelantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari. Pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan seorang wakil dari PBSD Pasir Mas iaitu Adik Siti Hajar Safiyyah binti Abdullah telah menyertai pertandingan berkenaan. Aktiviti yang turut dilaksanakan pada pagi berkenaan adalah pertandingan Hafazan.
Bagi sesi petang pertandingan azan subuh dan iqamah dan PBSD Pasir Mas juga turut menghantar peserta iaitu adik Mohd Amirullah bin Hasrol bagi pertandingan berkenaan. Sesi diteruskan lagi dengan Tadarus dan Khatam Al-Quran. Pada program berkenaan juga peserta dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang telah disediakan oleh pihak masjid dan juga tajaan dari YAYA Empire. Semoga program ini akan diteruskan pada setiap tahun bagi mendekatkan belia-belia dengan aktiviti keagamaan dan mengimarahkan lagi masjid.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
TUMPAT, 20 MAC 2025- Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh Kelantan pada 15 Mac 2025 telah memberi ruang kepada peserta dari Daerah Tumpat menunjukkan bakat apabila dua orang peserta yang mewakili daerah ini berjaya mendapat tempat Johan dalam pertandingan Bercerita (Kisah-kisah Dari Al-Quran) dan Naib Johan dalam pertandingan Azan dan Iqamah.
Wan Nur Raihanah Binti Wan Mohd Samawi, Pelajar cilik dari Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Pasir Pekan yang berumur 13 tahun dan berbekalkan pengalaman dalam pertandingan bercerita yang pernah disertai sebelum ini, beliau berjaya mencuri hati para juri pertandingan dan muncul sebagai Johan dalam pertandingan ini dengan menewaskan 13 orang peserta dari 10 daerah lain.
Seorang lagi peserta dari Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah, Tumpat iaitu saudara Che Ahmad Hadif Afsar Bin Che Mohamad berumur 14 tahun telah muncul Naib Johan dalam pertandingan Azan dan Iqamah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua peserta.
Di samping pertandingan itu juga, seramai 40 orang peserta dari Daerah Tumpat bersama-sama peserta dari 10 daerah yang lain turut hadir bagi program bertadarus dan khatam Al-Quran. Dalam majlis yang sama juga turut diselitkan dengan Ceramah Agama yang bertajuk ”Indahnya Ramadhan”, Agihan Bubur Lambuk Percuma dan Iftar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Penyampian Hadiah Pertandingan disampaikan oleh YB Zamakhsari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir ke program ini adalah YABrs.En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Tumpat
Ayuh ekor Harimau Malaya.. Kita zahirkan sokongan pada Pasukan Harimau Malaya!!!
TAYANGAN SKRIN BESAR SEMPENA PERLAWANAN KELAYAKAN (KUMPULAN F) PIALA ASIAN 2027 MALAYSIA vs NEPAL
Jom bersama-sama tonton Tayangan Big Screen di lokasi berikut : : 25 MAC 2025 (SELASA) : 10:00 MALAM : Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
# Aktiviti Sampingan bermula jam 9.15 malam ## Terdapat pelbagai aktiviti sampingan yang menarik untuk disertai : Cabutan Bertuah - Penalty Shoot - Out (Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun) Jom Warga Kelantan bersama kami memberikan sokongan Padu pada Pasukan Harimau Malaya Bawa tikar/ kerusi healing anda utk keselesaan
Ayuh ekor Harimau Malaya.. Kita zahirkan sokongan pada Pasukan Harimau Malaya!!!
TAYANGAN SKRIN BESAR SEMPENA PERLAWANAN KELAYAKAN (KUMPULAN F) PIALA ASIAN 2027 MALAYSIA vs NEPAL
Jom bersama-sama tonton Tayangan Big Screen di lokasi berikut : : 25 MAC 2025 (SELASA) : 10:00 MALAM : Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
# Aktiviti Sampingan bermula jam 9.15 malam ## Terdapat pelbagai aktiviti sampingan yang menarik untuk disertai : Cabutan Bertuah - Penalty Shoot - Out (Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun) Jom Warga Kelantan bersama kami memberikan sokongan Padu pada Pasukan Harimau Malaya Bawa tikar/ kerusi healing anda utk keselesaan
Kota Bharu, 19 Mac 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) menerima kunjungan daripada Persatuan Karate - Do Negeri Kelantan (Baru) pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNK. Persatuan Karate - DO Negeri Kelantan merupakan salah satu persatuan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesurujaya Sukan Malaysia.
Fokus utama kunjung hormat diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan pembangunan Sukan Karate di Negeri Kelantan disamping mendapatkan padangan dan cadangan bagi permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan. Disamping itu juga turut dibincangkan ruang dan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Untuk makluman, sebanyak 70 buah sekolah telah menyertai Latihan Karate di seluruh Negeri Kelantan dengan penyertaan hampir 400 orang pelajar.
Encik Thennavan a/l Ponniyah Presiden Persatuan Karate – Do Negeri Kelantan (Baru) hadir bersama Puan Ilani lee binti Abdullah, Penyelaras Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan mewakili Persatuan Karate – Do Negeri Kelantan.
Sesi perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK. Turut hadir Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan serta Encik Mohamad Fadzil bin Che Daud, Puan Siti Hassiah binti Hussin, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan