- JBS Kelantan
- Hits: 78
Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perdana Belia Negara!
- JBS Kelantan
- Hits: 78
Kota Bharu, 17 Mei 2025 - Pasir Mas boleh berbangga dengan kejayaan dua anak mudanya, Nur Yasmin binti Mohd Nasir dan Mohammad Raymie bin Abdul Razak, yang telah meraih gelaran Naib Johan dalam kategori Individu Wanita dan Lelaki bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN).
Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM1,500.00, sebagai penghargaan atas sumbangan serta pencapaian mereka.
Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh YTM Tengku Mahkota Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, dalam sebuah majlis penuh gemilang sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus maju dan berbakti kepada masyarakat serta negara. Teruskan kecemerlangan.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas