Taklimat Penyelarasan Night Colour Run Sempena Festival Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan

Kota Bharu, 14 Mei 2025 - Telah berlangsung Taklimat penyelarasan aktiviti Night Colour Run Sempena Festival Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Dataran Rehal, Kota Bharu petang tadi.

Taklimat ini telah diadakan bersama Wakil Pegawai Protokol Dewan Di-Raja Kelantan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Kelantan dan Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.

Tujuan utama taklimat ini diadakan bertujuan membincangkan sambutan protokol dan atur cara bagi keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, ke Program Night Colour Run sempena Festival Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 17 Mei 2025 (Sabtu) bermula dari Dataran Rehal hingga Stadium Sultan Muhammad ke IV dengan jarak sejauh 2km.

Yang Berusaha Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK merangkap Ketua JK Sambutan dan Protokol Festival Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan telah hadir menyampaikan taklimat kepada semua jawatankuasa kerja yang terlibat. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search