- JBS Kelantan
- Hits: 59
Semarak Hari Belia Negara Pasir Mas 2025 Meriah, Belia Bersatu Maju Ke Hadapan
- JBS Kelantan
- Hits: 59
Pasir Mas, 15 Mei 2025 – Sambutan Semarak Hari Belia Negara Pasir Mas 2025 berlangsung dengan penuh semangat di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong, dengan kehadiran 667 orang belia dan warga Pasir Mas yang bersama-sama memeriahkan acara.
Acara dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan aktiviti Larian "Tentang Kita" sejauh 3.5km, yang menguji ketahanan fizikal dan semangat kebersamaan peserta. Larian ini disusuli dengan sesi Senam Cergas yang dipimpin oleh Zin Paul, yang berjaya menyuntik semangat serta kesegaran kepada para peserta sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. HBN Pasir Mas juga meriah dengan pengacara jemputan khas iaitu Danie Anwa yang havoc dan menghidupkan program hari berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini, termasuk Ikrar Belia, Pameran Rakan Muda, Pavilion Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, serta pameran khas dari AADK Pasir Mas yang bertujuan memberikan kesedaran kepada para belia tentang ancaman dadah. Tidak ketinggalan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan Pasir Mas, di samping sukan-sukan seperti sukan tradisional, Netball Shootout, Sepak Penalti, serta aktiviti santai di Port Makan-Makan yang menawarkan pelbagai juadah tempatan. Baju Hari Belia Negara Daerah Pasir Mas juga telah disediakan khas oleh penaja utama HBN Pasir Mas Adelluna Printing, atau pemiliknya adalah Nor Azlin Alink.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, yang dalam ucapannya mengingatkan belia agar terus berperanan dalam pembangunan negara, serta menjauhi perkara-perkara negatif seperti dadah, yang menjadi musuh utama negara dan merosakkan masa depan belia.
Sambutan Semarak Hari Belia Negara 2025 ini bukan sahaja memberi ruang kepada belia untuk bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kesukanan, tetapi juga mencerminkan kesatuan serta komitmen mereka dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas