- JBS Kelantan
- Hits: 54
Pemeriksaan Keselamatan Bangunan Baharu PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 54
Pasir Mas, 18 Mei 2025 – Pegawai daripada Jabatan Bomba Negeri Kelantan telah melaksanakan pemeriksaan ke atas ruang pejabat baharu PBSD Pasir Mas pada jam 12.00 tengah hari.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan bangunan yang bakal diduduki oleh kakitangan PBSD Pasir Mas berada dalam keadaan selamat dan teratur, sejajar dengan piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Langkah ini mencerminkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan para pekerja serta kelancaran operasi di premis baharu tersebut.
Semoga segala proses perpindahan berjalan dengan lancar dan pejabat baharu dapat beroperasi dengan selesa dan selamat.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas