- JBS Kelantan
- Hits: 68
Mesyuarat Penyelarasan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 68
Pasir Mas, 4 Mei 2025 - Mesyuarat penyelarasan Semarak Hari Belia Negara peringkat daerah Pasir Mas telah berlangsung pada 4 Mei 2025 di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Tuan Hj Shamsul bin Abu Bakar.
Hari Belia Negara 2025 disambut pada 15 Mei setiap tahun sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara. Sambutan tahun ini bertemakan "Yakin Boleh", dengan pelbagai program dan aktiviti di peringkat kebangsaan serta negeri.
Mesyuarat penyelarasan ini telah membincangkan berkenaan seluruh atur cara susun atur dan pelaksanaan setiap aktiviti yang akan diadakan pada 15 Mei 2025 bertempat di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong. Turut hadir bersama Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, LSr Nik Ikhwan Haqim bin Datuk LSr Hj. Hanafi.
Kerjasama dan komitment dari semua agensi dalam pelaksanaan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas pasti meriah dan menarik,
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas