- JBS Kelantan
- Hits: 63
Gen-Z On Fire! Semarak HBN Kuala Krai 2025 Gegar Jiwa Belia
- JBS Kelantan
- Hits: 63
KUALA KRAI, 16 MEI 2025 – Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Kuala Krai Tahun 2025 telah berlangsung meriah Pada 15 Mei 2025, di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai dengan pelbagai pengisian program menarik yang menyasarkan kepada pembangunan sahsiah dan potensi belia menerusi 10 elemen Gaya Hidup Rakan Muda.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajjah Norhayati binti Mohamad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah), Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Pen. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Saudara Muhammad Afiq Aiman bin Mohd Haslam, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai.
Antara detik bermakna dalam sambutan ini adalah penyampaian Anugerah Tokoh Pemimpin Belia Daerah Kuala Krai yang telah dianugerahkan kepada Puan Zuraihah binti Muhammad atas sumbangan dan jasa beliau dalam pembangunan belia di peringkat akar umbi. Selain itu, pelbagai aktiviti berimpak mengikut segmen yang menyasarkan penglibatan aktif golongan belia antaranya sesi “Port Healing: Cabaran Gen-Z” perkongsian yang disampaikan oleh ASP Hasbullah bin Noor dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kuala Krai, bagi memberi kesedaran jenayah dan peranan belia hari ini dalam pencegahan awal jenayah.
Turut memeriahkan semarak HBN Daerah Kuala Krai ialah Port Makan-Makan, yang menampilkan jualan produk tempatan oleh usahawan belia seperti Bonnet Brew, Ratu Dessert, FF Perfume dan Mr. Churros. Port Seni turut diadakan bertujuan mengetengahkan bakat kreatif anak muda melalui persembahan baskers dan pertandingan mendeklamasi sajak. Tidak ketinggalan, Pavilion Rakan Muda dan Pavilion Majlis Belia Jajahan Kuala Krai turut mencuri tumpuan dengan aktiviti interaktif seperti fun games dan kuiz. Port Fit pula menyaksikan kehangatan Kejohanan Bola Sepak 9s yang menjadi platform kesukanan belia yang sihat dan kompetitif.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai