GUA MUSANG, 31 JANUARI 2023 – PBSD Gua Musang telah mengadakan lawatan ke ladang tanaman lada solok yang telah diusahakan oleh Majlis Belia Jajahan Gua Musang.
Projek Kebuniti Madani “Lada Solok” ini adalah projek pertanian yang pertama diusahakan oleh MBJ Gua Musang di bawah projek ekonomi desa. Banyak manfaat boleh diperoleh jika projek ekonomi desa dapat direalisasikan dengan cekap dan efisien, antaranya menjadi sumber pendapatan baharu masyarakat desa dan menyediakan peluang pekerjaan, sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan belia ke bandar serta membolehkan tanah atau kawasan terbiar dibangunkan secara optimum.
Selain itu, projek ekonomi atau produk yang dihasilkan boleh dijadikan daya tarikan pelancong yang menyediakan pelbagai lagi peluang pekerjaan sampingan serta penjanaan pendapatan lain kepada belia-belia di kawasan setempat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Gua Musang

- JBS Kelantan
- Hits: 129