- JBS Kelantan
- Hits: 67
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TUMPAT
- JBS Kelantan
- Hits: 67
TUMPAT, 30 APRIL 2025 - Program Liga Sukan Komuniti (LSK) merupakan program yang mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada masyarakat melalui penyertaan mereka dalam sukan yang dipertandingkan. Program LSK merupakan platform kepada pembudayaan sukan yang menyeluruh dan menjadi penghargaan dan pengiktirafan kepada masyarakat.
Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Tumpat bagi Bola Jaring, Ping Pong dan Sepak Takraw telah berlangsung pada 25 dan 26 April 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 dan Pusat Komuniti Tumpat.
Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kelab, persatuan dan komuniti di sekitar daerah Tumpat. Johan bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300.00 beserta medal, mock cheque dan sijil. Manakala Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200.00 beserta medal, mock cheque serta sijil. Tempat Ketiga Bersama, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100.00 beserta medal, mock cheque dan juga sijil.
Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah ke pertandingan Peringkat Negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai nanti.
Program yang berbentuk pertandingan ini, dijadikan sebagai platform untuk masyarakat menjalankan aktiviti sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan cergas di samping mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat