DARI PBSD BACHOK SERTAI PENGUJI UKJK NEGERI LAKSANAKAN UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI PENGAMBILAN KADET PTD 2025

BACHOK, 24 APRIL 2025 – Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Encik Noorazihan bin Jusoh, yang juga merupakan penguji bertauliah Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), telah menyertai Pasukan UKJK Negeri Kelantan dalam pelaksanaan ujian bagi urusan pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Tahun 2025.

Ujian tersebut telah dilaksanakan selama lima hari, bermula 20 hingga 24 April 2025 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok. Seramai hampir 500 orang calon dari seluruh negeri telah hadir bagi menjalani ujian kecergasan yang merupakan salah satu syarat utama dalam proses pemilihan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan UKJK ini melibatkan ujian fizikal standard merangkumi komponen kecergasan yang dinilai mengikut piawaian kebangsaan oleh jurulatih dan penguji bertauliah. Kehadiran beliau turut membantu memperkukuh pengurusan teknikal dan kelancaran sepanjang tempoh ujian dijalankan.

Ujian ini bukan sahaja menjadi medan penilaian tahap kecergasan fizikal calon-calon PTD, malah mencerminkan peranan penting Kementerian Belia dan Sukan dalam menyokong dasar dan proses pemilihan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi dan berintegriti.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search