PERBINCANGAN BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL ACARA BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BACHOK 2025 BERLANGSUNG LANCAR

BACHOK, 20 APRIL 2025 – Bertempat di Sekolah Kebnagsaan Seri Kemudi, satu perbincangan bersama Jawatankuasa Teknikal Acara Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) Bachok 2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengurusan pertandingan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Taklimat ini diadakan bagi memperincikan tugasan, peranan serta tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa teknikal melibatkan aspek seperti pengadilan, pengurusan gelanggang, penyelaras jadual perlawanan, pematuhan peraturan pertandingan, serta keselamatan pemain dan penonton. Turut disentuh dalam taklimat ini ialah garis panduan terkini dari segi teknikal dan pengadilan bagi memastikan acara dijalankan secara adil, profesional dan mengikut piawaian kebangsaan.

Taklimat tersebut dihadiri oleh pegawai teknikal daerah dan wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok Encik Noorazihan bin Jusoh selaku urusetia LSK Bachok 2025. Semua pihak menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kejohanan ini berlangsung dalam suasana kompetitif dan harmoni. Liga Sukan Komuniti (LSK) Bachok 2025 merupakan antara inisiatif kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam sukan sekaligus memperkukuh perpaduan komuniti setempat.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search