- JBS Kelantan
- Hits: 64
PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE PBSD BACHOK
- JBS Kelantan
- Hits: 64
BACHOK, 27 APRIL – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah menerima kunjungan daripada Encik Saipuddin bin Zakaria Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam siri lawatannya ke seluruh PBSD di Negeri Kelantan.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau perjalanan operasi PBSD Bachok serta mendapatkan maklum balas terhadap pelaksanaan program-program sedia ada, cabaran di peringkat akar umbi, dan perancangan strategik tahun 2025. Dalam sesi lawatan tersebut Tuan Pengarah turut berpeluang bertemu kakitangan PBSD Bachok serta meninjau kemudahan dan infrastruktur pejabat.
Pengarah turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan PBSD Bachok dalam melaksanakan amanah dan menyeru agar usaha berterusan diteruskan dalam mendekati golongan belia secara menyeluruh. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan ramah mesra bersama seluruh warga PBSD Bachok sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan semangat kerja berpasukan.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI