- JBS Kelantan
- Hits: 69
PBSD DAN MBJ BERGANDING BAHU JAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 69
BACHOK, 23 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok dengan kerjasama Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bertempat di Dewan Wawasan, Badak, Bachok.
Majlis yang berlangsung meriah itu menjadi platform mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara warga kerja PBSD Bachok, ahli MBJ serta barisan pemegang taruh yang turut hadir memberikan sokongan padu. Turut memeriahkan majlis ialah seluruh EXCO MBJ dan kakitangan PBSD Bachok.
Pelbagai juadah tradisional hari raya disajikan kepada para tetamu selain diserikan dengan persembahan istimewa serta sesi bertemu mesra antara kakitangan dan pemimpin jabatan. Kehadiran pelbagai lapisan warga kerja dan komuniti turut mencerminkan semangat kebersamaan dan keharmonian dalam suasana penuh kemeriahan Syawal.
Majlis ini merupakan antara inisiatif yang diambil oleh kedua-dua pihak bagi menyemai semangat kekeluargaan serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja PBSD serta MBJ Bachok. Ia juga menjadi wadah penting bagi menghargai sumbangan dan kerjasama berterusan semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan belia, sukan dan rakan muda di peringkat daerah.
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI