- JBS Kelantan
- Hits: 94
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PESARA KERAJAAN KALI KE-9 TAHUN 2025 DI KOMBES KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 94
KELANTAN, 29 APRIL 2025 - Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Kali Ke-9 Tahun 2025 telah dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 14 April 2025 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan melibatkan seramai 100 orang pesara kerajaan di seluruh daerah Kota Bharu.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.