PASUKAN REBBANA ”A” MUNCUL JOHAN KEJOHANAN PING-PONG LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH JELI 2025

JELI, 29 April 2025- Membuka tirai Kejohanan Liga Sukan Komuniti Daerah Jeli 2025 Pasukan Rebbana ”A” mengulangi prestasi tahun lepas setelah muncul sebagai Johan pada kali kedua temasya LSK Daerah Jeli bagi acara Ping Pong. Penganjuran secara bersama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kelab Ping Pong Rebbana Jeli berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli, pada 26 April 2025. Pasukan Rebbana ”A” muncul Johan setelah menewaskan Pasukan Rebbana ”C” pada pertandingan akhir. Kejohanan pada tahun ini yang telah disertai oleh 10 pasukan.

Liga Sukan Komuniti ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang dan rangsangan kepada masyarakat tempatan melaksanakan aktiviti sukan sebagai gaya hidup serta dapat melahirkan bakat baru dalam sukan tersebut.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. En. Muhamad Rahim bin Che Sulaiman, Pengerusi Kelab Ping Pong Rebbana. Semoga dengan pelaksanaan kejohanan acara sukan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam komuniti setempat dan ianya dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.

Disediakan oleh : Urusetai Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search