PBSD BACHOK LAKSANAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA JAJAHAN BACHOK YANG BAHARU

BACHOK, 14 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Ketua Jajahan Bachok yang baharu bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Azma binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PBSD Bachok kepada Ketua Jajahan baharu di samping menyampaikan perancangan serta program-program yang bakal dianjurkan di peringkat daerah.

Antara perkara yang diketengahkan dalam perbincangan ialah pelaksanaan program-program pembangunan belia dan sukan seperti Sambutan Semarak Hari belia Negara (HBN), Mejlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Perinkat Daerah Bachok, Liga Sukan Komuniti (LSK) Bachok 2025, Program Rakan Muda dan program pembangunan kepimpinan belia yang dijadualkan berlangsung sepanjang tahun ini. Dalam sesi tersebut, Ketua Jajahan turut menyatakan komitmen dan sokongan penuh terhadap segala usaha PBSD Bachok dalam memperkasakan penglibatan belia dan komuniti dalam aktiviti sihat dan berimpak tinggi.

Kunjungan hormat ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara PBSD Bachok dan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dalam melaksanakan agenda pembangunan belia dan sukan di daerah ini.

#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search