- JBS Kelantan
- Hits: 94
KEMERIAHAN PESTA KO-KURIKULUM MAAHAD TARBIAH MARDHIAH PANCHOR DI KOMBES KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 94
KELANTAN, 30 APRIL 2025 – Pesta Ko-Kurikulum Sekolah Maahad Tarbiah Mardiah Panchor telah memeriahkan suasana Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan tersebut telah dilaksanakan pada 30 April 2025 bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang dengan jayanya. PESKO ini disertai seramai 250 orang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti seperti Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton dan banyak lagi yang dipertandingkan.
PESKO telah dirasmikan oleh YBrs Encik Saipuddin bin Zakaria Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. PESKO ini merupakan inisiatif sekolah tersebut dalam mempromosikan aktiviti pembudayaan gaya hidup cergas selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk menyahut kempen gaya hidup sihat cergas dan aktif kearah menjadikan Malaysia sebagai Negara bersukan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web stf.kbs.gov.my
.
#TEAMJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MalaysiaMADANI
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
