KELANTAN 18 MEI 2024, Telah berlangsung Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2024. Hari Belia ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan khusus Kerajaan buat golongan belia Malaysia yang memainkan peranan signifikan di dalam pembangunan Belia.
Program ini berlangsung selama 2 Hari bermula 17 Mei dan 18 Mei bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu Kelantan. Hari Belia pada kali ini memfokuskan 10 Gaya Hidup yang bertemakan ”Yakin Boleh”. Seramai 31 pempamer daripada usahawan belia, agensi kerajaan serta NGO2 telah menyertai HBN pada tahun ini.
Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Tuan Adam Adli Abd Halim. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan YB Zamakhshari Muhammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Tuan Mohd Azhari bin Mohamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) YBrs Tuan Haji Ab. Pattah bin Hasbullah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan YBrs Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Majlis Gabungan Belia Kelantan YBrs En. Mohd Syahiran bin Muhammad serta Ahli Dewan Undangan Galas YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim. Seramai 69,928 penyertaan telah diterima sepanjang program ini berlangsung.
Dalam ucapanya, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyatakan Negeri Kelantan mempunyai potensi yang sentiasa bersedia mempamerkankekuatan dalam pelbagai bidang. Kementerian sering berusahan sehabis baik dalam memastikan belia di negeri ini diberikan perhatian yang rapi dari pelbagai aspek termasuk pembangunan karakter dan jati diri.
Disediakan oleh Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 170
