- JBS Kelantan
- Hits: 75
PBSD PASIR MAS TURUT MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 75
Pasir Mas, 20 April 2025 - PBSD Pasir Mas telah turut serta memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 17 April 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji.Acara yang bermula pada jam 8 malam itu menyaksikan kehadiran semua pegawai dan kakitangan bersama keluarga dari seluruh negeri Kelantan, dalam semangat kemeriahan sambutan Aidilfitri.
Menariknya, sambutan kali ini menampilkan gabungan menu dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah di seluruh Negeri Kelantan dan menu utama Nasi Beriani Kambing dan Sup Kambing adalah air tangan YBrs Tn. Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan yang dimasak secara gotong-royong bersama warga kerja menjadikannya sebuah pesta hidangan yang beraneka rasa dan budaya.
PBSD Pasir Mas telah menghidangkan Mee Kari kepada semua jemputan pada malam berkenaan. Pelbagai hidangan telah disediakan sepanjang majlis berkenaan. Dengan semangat muafakat dan kebersamaan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah mencipta kenangan manis bagi seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Semoga acara sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, membawa lebih banyak kegembiraan dan ikatan erat dalam kalangan warga jabatan.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas