- JBS Kelantan
- Hits: 78
PERTANDINGAN BOLING MADANI PASIR MAS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT
- JBS Kelantan
- Hits: 78
Pasir Mas, 19 April 2025 – Program Pertandingan Boling Madani Daerah Pasir Mas, anjuran Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, telah berlangsung dengan meriah di Mydin Mall pada jam 8.00 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, yang turut menyampaikan ucapan perasmian dengan menekankan kepentingan aktiviti sukan dalam membentuk belia yang sihat dan dinamik.
Acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kelab dan persatuan belia di daerah Pasir Mas. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut mengambil bahagian dengan menghantar dua pasukan untuk menyertai pertandingan ini, salah satu daripadanya diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, yang berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori Pasukan. Selain itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (PBSD Pasir Mas) juga turut serta dalam pertandingan ini, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh keseronokan.
Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, yang diketuai oleh Lsr Nik Ikhwan Haqim bin Datuk Lsr Haji Hanafi, memainkan peranan penting dalam penganjuran program ini. Penganjurannya berjaya dengan sokongan Dana Sukan Komuniti sebanyak RM 5,000, yang dimanfaatkan untuk melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya.
Tahniah diucapkan kepada Majlis Belia Jajahan Pasir Mas atas inisiatif dan kejayaan menganjurkan pertandingan seumpama ini. Program ini bukan sahaja menyediakan platform untuk bersukan tetapi turut memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama antara belia setempat serta agensi-agensi yang terlibat. Ia mencerminkan usaha berterusan dalam memupuk budaya hidup sihat dan menyokong pembangunan sosial belia di kawasan ini.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas