PROGRAM BIZFEST: BEYOND FORWARD FESTIVAL UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Kota Bharu, 25 April 2025 - Telah berlangsung Senam Cergas Program Bizfest: Beyond Forward Universiti Malaysia Kelantan di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Panji.
Program BIZFEST UMK pada tahun ini menyatukan elemen sukan, ilmu, budaya, inovasi dan keusahawanan, ke arah pembangunan pelajar yang holistik dan berdaya saing. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, menggalakkan kreativiti, serta menanam nilai tanggungjawab sosial melalui pelbagai inisiatif sukarelawan dan CSR. Program BIZFEST ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 25 April hingga 27 April 2025.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSN Kelantan mewakili tuan pengarah. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berharap agar BIZFEST menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama antara kelab akademik dan pelajar pelbagai latar belakang. Semoga semangat kebersamaan, daya saing sihat dan nilai kesukarelawanan yang ditonjolkan sepanjang festival ini akan terus subur dalam kalangan warga UMK. Program di disertai hampir 400 orang peserta yang hadir memenuhi Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Panji.

Turut hadir pada majlis tersebut Yang Berusaha, Prof. Madya Dr. Dzulkifli Bin Mukhtar, Dekan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Universiti Malaysia Kelantan dan Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Pengalakkan dan Pembangunan Sukan JBSN Kelantan.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search