PULAU BUIH, PASIR MAS BAKAL MENJADI TARIKAN BARU PEMINAT MOTORCROSS

Pasir Mas, 20 April 2025 – Pulau Buih, Kampung Kangkong, Pasir Mas bakal menjadi tarikan baru bagi peminat Motorcross. Program Rakan Litar Track Day Kemahiran Latihan Asas Sukan Motorcross Peringkat Negeri Kelantan telah dilaksanakan pada 19 April 2025 bertempat di Track Pulau Buih, Pasir Mas.

Acara ini telah menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas sukan motorcross dalam kalangan peminat sukan ekstrem. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun, termasuk Asas Pengendalian Motorcross yang betul, Taklimat Keselamatan, Pengekalan Keseimbangan, Seating Position, Steering Control, Demo and Trial Run, Pemantauan Kondisi Persekitaran, Kesiapsiagaan dan Peralatan Pengalaman, latihan secara fizikal serta Mini Games bagi menguji tahap kecekapan peserta.

Majlis Flag Off telah disempurnakan oleh YB Zuraidin bin Abdullah, ADUN Chetok bersama-sama dengan Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kebolehan teknikal mereka, tetapi juga memperkukuhkan hubungan sesama peminat sukan motorcross di negeri Kelantan. Tururt hadir pada hari berkenaan adalah Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama-sama pembantu Belia dan Sukan daerah Pasir Mas Encik Mohd Sarimat bin Salleh.

Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Piijanas ini memberi pengisian yang padat dan bermanfaat sekaligus membuktikan bahawa sukan ekstrem mampu berkembang dengan baik jika diterapkan dengan latihan dan kesedaran keselamatan yang tinggi

Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search