KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS GABUNGAN BELIA KELANTAN (MGBK) KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, 25 April 2025 - Majlis Gabungan Belia Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 20 April 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK).

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara (JBSNK) dengan Majlis Gabungan Belia Kelantan. Dalam sesi tersebut beberapa perkara dibincangkan antaranya Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan, perubahan transisi umur belia dan perkara-perkara kerjasama antara Jabatan dengan NGO Belia di Kelantan.
Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK telah menyambut baik hasrat Majlis Gabungan Belia Kelantan dalam memperkasakan lagi NGO-NGO Belia di Negeri ini.

Turut hadir Pn. Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah Belia JBSNK bersama pegawai-pegawd Bahagian Pembangunan Belia JBSNK.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search