- JBS Kelantan
- Hits: 86
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM, BELIA DAN KEBAJIKAN BIL.1/2025 BERLANGSUNG DI PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 86
Pasir Mas, 16 April 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan Bil.1/2025 telah diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Pasir Mas jam 10.00 pagi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Muhammad Ashri bin Che Mat dan bertujuan untuk merangka serta membincangkan pelbagai inisiatif yang berfokus kepada pembangunan Islam, belia, dan kebajikan masyarakat di daerah Pasir Mas. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pembangunan yang dirancang mampu memenuhi keperluan serta kesejahteraan komuniti setempat.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, yang hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Kehadiran beliau, bersama pihak lain yang terlibat iaitu dari IPD Pasir Mas, AADK, Iman Masjid Sultan Muhammad III, Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama Daerah Pasir Mas memperkukuhkan lagi kerjasama antara agensi-agensi kerajaan serta memperlihatkan komitmen terhadap pembangunan belia dan kebajikan komuniti setempat.
Perbincangan dalam mesyuarat ini melibatkan pelbagai aspek penting termasuk kolaborasi antara institusi belia, agensi kerajaan, serta pihak berkepentingan lain. Mesyuarat ini turut menandakan permulaan kepada pelaksanaan projek-projek kebajikan yang dirancang untuk tahun 2025.
Disediakan oleh:
Urus setia Portal PBSD Pasir Mas