UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK 2025

BACHOK, 24 April 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok menjadi lokasi bagi pelaksanaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tahun 2025. Program ini berlangsung selama empat hari bermula 21 April 2025 sehingga hari ini melibatkan penyertaan seramai 348 calon secara keseluruhannya.

Ujian ini telah dikendalikan oleh 10 orang Penguji UKJK Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang diketuai oleh YBrs En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau mengetuai pengendalian ujian dengan penuh komitmen dan dedikasi, memastikan segala proses berjalan dengan lancar dan teratur.
UKJK bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal calon melibatkan lima ujian utama termasuk indeks jisim tubuh, genggaman tangan, duduk dan jangkau, bangkit tubi serta Bleep Test iaitu lari ulang alik 20 meter.

Turut hadir membuat pemantauan adalah YBhg Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bersama barisan urus setia dan YBrs En. Muhammad Shahrizal bin Abd. Gani, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search