LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ KETUA SETIAUSAHA KBS KE KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU DAN KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU YBM TENGKU KAYA PERKASA DATO’ DR. TENGKU MOHAMED FAZIHARUDEAN BIN TENGKU FEISSAL, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 24 April 2025 - YBhg. Dato’ Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bukit Merbau bagi meninjau kemajuan pembangunan infrastruktur gelanggang-gelanggang SUKMA 2028 di Kelantan.

Kompleks sukan ini bakal menjadi venue utama bagi penganjuran SUKMA edisi ke-23 pada Tahun 2028 nanti. Kompleks sukan ini bakal memiliki sebanyak 7 buah stadium. Antaranya stadium utama, arena tertutup, padang ragbi, trek olahraga, stadium hoki, kompleks skuasy, pusat lawn bowl & lapang sasar menembak. Kunjungan ini turut disusuli dengan sesi kunjungan hormat ke atas YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut hadir sama dalam lawatan tersebut, Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, Encik Mazlin bin Ariffin , Pegawai Pembangunan JBSN Kelantan, Encik Mohd Raizal Muhamat Yaakop, Pengarah Bahagian Fasiliti Sukan MSN, dan Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Pasir Puteh.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search