- JBS Kelantan
- Hits: 82
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MAS KE KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 82
Pasir Mas, 21 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas pada 20 April 2025 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Tetamu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua pihak serta membincangkan peluang kerjasama strategik dalam membangunkan belia, sukan, dan rakan muda di kalangan belia setempat. Melalui pertemuan ini, pelbagai inisiatif dan idea telah dikemukakan untuk memastikan pembangunan belia di daerah Pasir Mas dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Pengarah KKTM Pasir Mas, Tuan Ir Supardi bin Amaludin, menyambut baik kolaborasi antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan KKTM Pasir Mas, khususnya dalam pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas . Perbincangan ini membuka peluang bagi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai program yang memberi manfaat kepada golongan belia di daerah tersebut.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama Encik Mohd Sarimat bin Salleh dan Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor. Kehadiran mereka memperkukuhkan lagi kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan dalam merangka program pembangunan belia. Selain itu, pihak KKTM Pasir Mas turut diwakili oleh Puan Ts. Rohayu binti Daud, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, serta Encik Arman bin Mohd Najib, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar. Perbincangan ini menjadi titik tolak kepada inisiatif-inisiatif yang bakal dilaksanakan bagi memperkasa belia serta mempromosikan aktiviti sukan dan pembangunan sosial belia di daerah Pasir Mas.
Majlis ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan golongan belia, di samping memupuk hubungan erat antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Disediakan oleh : Urus setia Portal, PBSD Pasir Mas